DJ Belle

Sunday, 25 July 2021

Memories

 Assalamualaikum gaiss..waktu baca entry nii dgr lagu ni tau

(39) Jordan Clarke - Freaks (Lyrics) - YouTube

(39) Maroon 5 - Memories (Lyrics) - YouTube

(39) Tentang Bulan - Fatin Nur Afifah (Lirik) - YouTube

baru dpt feel.

Harini sis nak cerita tentang memories. Dah 18 tahun ni baru nak mengenang kawan2. Waktu kecik sibuk2 nak masuk U bila kat U nak balik ke zaman sekolah menengah. Ya Allah sedihnyaa....memory dengan kawan2 banyak sangat tapi sebab covid jadi limited. Waktu F4 ktrg best sangat. F5 kitaorang kena datang awal..waktu akhir bulan 12 dah sampai sklh. So kitaorang sambut tahun baru sama2. Lepastu, waktu bulan 3, kitaorang balik cuti penggal lewat 3 hari. Sebab ada tusyen. So kitaorang boleh pegang fon..banyak benda terjadi...masuk kelas lewat sebab pergi pantai..Ya Allah nakalnya. Lepastu kitaorang ada malam persembahan. Kitaorang senior buat gempaks..asyik kena ulang pastu last sekali kitaorang perform lagu Tentang Bulan. Memang sedih lah sebab tau lagi berapa hari nak habis SPM. Lepas tu, 2021, kitaorang masuk dulu sekolah, so sekolah tu kitaorang yang punya. Dah lah perempuan ada 15 orang je. Memang BFF lah semua. Semua duduk bilik bawah..pagi2 bising, malam2 bising jugak. Kesian warden😂. Kitaorang duduk kat sekolah dari 25/1 - 25/3. Tapi, budak sains balik awal..17/3. Kitaorang tak balik sepanjang 2 bulan tu. Memang rapat sangat.. pagi2 study, tengah hari tido, ptg main bola, malam makan2 tido. Setiap malam makan2..ada satu part tu, kitaorang buat bbq..mmg best sangat2..pastu malam tu semua barai..sebab penat. Kitaorang pulun sama2 untuk SPM sebab kitaorang lah kekuatan diri sendiri. Banyak benda negatif yang berlaku tapi lagi banyak benda positif. 

Nilah quotes yang sesuai.  

Waktu pelajar sains balik, paling sedihlah. Memang nangis2..sebab tau memang tak boleh jumpa sebab dah Covid dan rumah yang jauh. Lagipun universiti semua dah lain. Semua menuju ke cita2 masing2. 

Jadi kat sini saya nak cakap, kenangan tu sekali sahaja. Jadi ambiklah kenangan tu banyak2. Jangan ada musuh tau...Jangan sedih kalau ada perkara buruk antara kawan2 korang, ingat tu memori. The best things about memories is making them. Tolonglah jangan fikir nak masuk U cepat2...nanti korang menyesal.😢😭

Bye

Matrikulasi Perlis

 Assalamualaikum gaiss

So esok bermulanya perjalanan saya sebagai pelajar matrikulasi Perlis. Alhamdulillah result saya biasa-biasa tetapi diterima di sini. 

Best tak? Hermm...KMP ni adalah matrikulasi yang terkecil berbanding matrikulasi lain. Satu bilik dikongsi 4 penghuni. Saya tak tahu lagi kerana kelas bakal dijalankan secara online. Jadi doakanlah yang terbaik.


Novel

 Assalamualaikum korang..

Kalau ada novel yang tajuk dia camni korang nak baca takk??

Ada seorang gadis namanya Ivana. Dia anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang kaya di New York. Pekerjaan ibu ayahnya adalah seorang professor di Harvard dan doktor pakar. Pada hari jadinya yang ke 16, dia menerima hadiah berupa walkie-talkie, buku nota dan pen. Dia menyambut hari jadinya bersama kawan baiknya. 

    Keesokan harinya, dia tersedar dan melihat dirinya di sebuah rumah agam yang besar. Dia melihat sekeliling dan mendapati ada 9 orang remaja sedang melihatnya dengan wajah yang hairan. 

    Dia keluar dan mendapati dirinya di sebuah hutan tebal. Kata seorang lelaki dia di hutan Amazon. Ivana berasa sangat takut. Dan pengembaraannya bermula di situ. 

Tajuknya: Kingdom Come. Kenapa namanya Kingdom Come? Sebab rumah agam itu seakan-akan Kingdom dan sekiranya mereka keluar daripada Kingdom itu, mereka akan dibawa semula ke situ. Walau apa pun cara. 

    Best tak? Inilah novel karya saya. Masih belum siap sepenuhnya. Doakan ye

Bye

Laptop

 Assalamualaikum gaissss...

Okkk..kalau korang ada baca post saya tahun 2018. Korg akan tau barang idaman saya. Salah satunya laptop acer swift 3 melon pink. Memang laptop idaman waktu tuu..lagi2 hari tu ada diskaun. Tapi mama tak kasi beli sebab tak ada guna sangat pun. Lagipun markah exam teruk😓...

Disebabkan minggu depan iaitu esok saya akan mulakan kolej saya iaitu di KMP jurusan akaun, jadi saya perlukan laptop. Saya ada laptop iaitu surface pro 3, tapi itu mama saya punya dah guna 5 tahun. Jadi saya pun search lah laptop yang bagus2..niat nak beli macbook air M1 13 inch, tapi saya tangguhkan niat beli acer swift 3. Saya nak dapatkan 4 flat, pastu baru beli😋...barulah berbaloi. 

Saya mula2 nak beli warna pink, lawaa...tapi dekat IOI city mall takde warna tu. Ada warna silver je. Still lawa.

Lawa kann...walaupun silver tapi still lawa. Alhamdulillah rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Tq mama dan abah💖