“Mena” kedengaran nama Medina dipanggil. Sedang asyik dia membaca novel, terus dia menyahut, “Ye Dian,” Dian Dahlia, kakak sulung Medina datang ke arah Medina. “Mena, tolong buatkan kek oren. Kakak nak bawa ke jamuan hari terbuka ofis esok,” mata Medina menjeling tajam. ‘Ada sahaja yang ingin disuruh kakaknya ini, nasib sayang’ Medina terus bangun dan melangkah laju ke arah dapur. Dia melihat kabinet putih yang dipanggil Bakeri Medina, dan menganggukkan kepalanya. “Baik, barang-barang semua ada. Nanti pukul 5 Mena buatkan. Dian nak banyak mana?” “1 bekas besar tu okey dah”
Itulah peranan Medina di rumah ini, dia seorang chef pastri. Dia sangat suka membakar kek, kek cawan, kuih kuih dan pelbagai lagi manisan. Berbeza daripada Dian yang suka memasak lauk-pauk.
“Mena nak buat kek? Nak 1 bekas boleh?” Celah Noah Naim, si bongsu. “Noah nak buat apa dengan kek?” “Noah ada jamuan kelas esok. Ingat nak minta Ibu gorengkan nugget, tapi alang-alang Mena buat kek, Noah tumpang order ye,” Mena terus mencubit manja adiknya itu. “Eish geramnya. Nasib baik barang banyak. Boleh Mena buat banyak bancuhan.”
5 petang,
Medina segera ke dapur untuk membuat bancuhan kek oren. (Resepi kek Medina boleh didapati di sini Orange cupcakes )
No comments:
Post a Comment