Assalamualaikum gais.
Baru perasan saya tak upload gambar raya or pengalaman raya kann.
So saya rehat jap sebab lepas ni nak pulun ekonomi
Okey so raya first saya raya dekat-dekat je. Kampung mama kat Selangor je. Sungai Besar. Kampung abah dekat Kelantan. Tahun ni raya kitaorang tak balik Kelantan. Insya Allah Raya Haji balik.
Ni outfit hari Sabtu, pergi cucuk booster. Tangan masih rasa kebas2 pagi raya tu. Fikir raya Selasa dapatlah hilangkan kebas tu, rupa-rupanya Isnin. Hmm, sis is redha.
Family photo, Kachik, comel kan family saya👀
Kalau nampak kan sebenarnya, saya dan adik2 saya tema powerpuff girl😆. Nanti saya crop.
My Raya Outfit. Sweet pink2 for me. Tudung sumpah jadi. Baguslah💖
Oh btw outfit saya dari Gio Fabrics. Pegi usha2 utk raya haji. Murah2 saje. Tudung shawl dia 2 meter, panjang iler baru labuh2 muslimah gitu.
Background tu bilik saya tau. Tak sempat ber-ootd kat luar.
My mama masak ni malam Isnin tu. Kelam kabut habis. Dia sorang masak ni sebab dia je tau masak😭, pagi raya orang cantik2, dia still kat dapur betung tang tung tang masak. Walaupun nampak sikit senanye banyak tauuu. Sampai malam ktrg duk habiskan.
My kek pisang. Kek pisang ni saje je buat hari Ahad tu utk berbuka. Xplan pun utk raya. Tiba2 dia umum raya Isnin, hah kita hidangkan je. Biskut raya semua xbuat. Sebab tak sempat. Dapur kecik je, mama nak masak lauk2, saya nak buat biskut. Tak muat wehh.