Assalamualaikum guys.
Harini 1 Julai bermakna sudah sebulan saya habis matriks. Maaf ye waktu habis matriks lupa nak update blog. Nanti ada masa saya bagitau pengalaman exam akhir. Sekarang saya nak bercerita tentang pengalaman saya bercuti di Korea.
Korea ni salah satu negara yang saya ingin jejakkan kaki. Tetapi bukan negara utama. Kami pergi bertiga, saya, mama saya dan kakak sedara saya (Kak Ayu).
DAY 1
Kami bertolak pada 17 Jun pada pukul 11 malam menaiki MAS airlines.
Ni adalah gambar saya ketika dalam tandas di airport Korea. Incheon International Airport. Perjalanan ke Korea mengambil masa dalam 6 jam 5 minit. Kami sampai dalam pukul 7 pagi.
Sesampainya kami di Korea, kami terus pergi ke hotel iaitu Pacific Hotel di Myeondong. Kami menaiki teksi yang ala-ala valfire tu. Perjalanan ke Myeondong dari Incheon Airport dalam 1 jam lebih. Sampai je di hotel, kami terus check-in bilik dan berkemas sikit-sikit. Biliknya sangat luas untuk 3 orang. Lepas tu terus pergi ke Namdaemun dan makan ikan bakar. Sedap sangat😋. Dan kemudian ke Dongdaemun. Misi kami di Namdaemun dan Dongdaemun adalah untuk mencari brooch. Tetapi kedai brooch tutup pada waktu weekend. Pukul 4 ptg kami decide untuk balik ke Myeondong menggunakan subway.
Malam tu kami decide untuk jalan-jalan di Myeondong Shopping Street. Keluar je dari hotel jalan ke hadapan dan jumpa subway Myeondong jalan lagi ke hadapan nampak jalan besar, lintas jalan besar dan itulah shoppig streetnya. Kami pergi ke Busan Jib iaitu restoran Korea halal di Myeondong. Dan pergi ke kedai aksesori ini. Kedai ni memang best banyak gelang, rantai dan subang. Memang rambang mata. Tengok apa di tangan saya👀
DAY 2
Keesokannya, iaitu Ahad kami decide untuk pergi ke Gyeokbokgung Palace. Kami dapat melihat pertukaran pengawal pada pukul 10 pagi. dan pukul 10.30 kami dapat tour guide yang boleh berbahasa inggeris untuk tunjukkan kami seluruh Palace ini. Bawah2 ni gambar saya di Gyeokbokgung Palace👇
Lawa kan. Hehe👋
Me with my favourite person ever my Mama💖
Lepas pergi Gyeokbokgung Palace, kami menaiki subway ke Starfield COEX Mall. Tempat ni lawa sangat. Ada library yang sangat besar di dalam ni.
Banyak kann? Macam Vivy Yusof tak? Ahahahahahaha😅. Elok2 waktu ni takde orang naik eskelator. Bagus betul.
Dalam COEX Mall tu ada satu restoran Turki or Arab. Mahal sikit dan ofkos mewah lah dah mahal kan😵
Keluar je COEX Mall tu ada statue tangan gangnam style ni. Kita bergambar lah kan.
DAY 3
Isnin, kami decide untuk ke Ewha University. Tapii, sayangnya tak boleh masuk. Dah terbayang2 nak tangkap gambar kat dalam tu. Lawaaa.
Ni jelah mampu. Apa2lah labu.
Day 3 kami tak banyak jalan. Habiskan sepetang di dalam hotel tido. Malam tu ke Myeondong makan2.
See u in next day👋