DJ Belle

Sunday, 22 January 2023

Travel

 Hai assalamualaikum. 

Harini dalam mood tak berapa nak gembira so nak tulis tentang travel. 

Aktiviti yang paling saya suka adalah travel. Lagi-lagi kalau travel overseas. Lagi jauh, lagi best. 

My family bukan macam family orang lain. Kitaorang jarang bercakap sama2. Bila makan pun, ikut waktu sendiri2. So masa untuk berborak tu tak ada. Lagi2 saya di universiti sekarang. Waktu tengok TV pun tak semua minat cerita sama. Sorang Kdrama, sorang Anime, sorang layan bola. Lain2 minatnya. Makan kat luar pun jarang cukup. 

Jadi kalau nak kumpul satu keluarga adalah waktu travel. Keluarga saya kecil je. Ada 5 ahli. Kalau travel kan pergi tempat yang asing, so kenalah pergi sama2. Saya suka, sebab waktu tu kita akan borak pasal apa-apa perkara. Minimum setahun sekali, kami akan pergi travel overseas.