DJ Belle

Tuesday, 16 April 2024

Banana cupcakes

Banana cupcakes: 

  • 300gm pisang
  • 200gm tepung gandum 
  • 180gm gula perang
  • 1sk baking soda
  • 1sk vanila 
  • 4 telur
  • 180gm minyak jagung


Bahan basah: 

Blend kan minyak jagung, pisang, esen vanilla, telur dan gula sehingga sebati. 

Bahan kering: 

Gaul tepung gandum dan baking soda. 


Campurkan bahan basah dan bahan kering dan gaul sehingga sebati. 

Bakar: 170c for 20-30 minutes




Untuk resepi frosting boleh tgk sini: Cream cheese frosting 


Sunday, 14 April 2024

Dah besar

 Assalamualaikum and hii everyone. 

Tadi saya baca balik tulisan2 saya dari 2013 iaitu waktu pertama kali saya tulis blog ni. Allahu dah 10 tahun blog ni bersama saya rupanya😭. Selama 10 tahun ni banyak benda berlaku. Benda baik dan tidak baik, tetapi semua tu mengajar saya tentang kehidupan. Boleh tengok perkembangan tulisan saya dari 2013 - 2024 ni😂, tak banyak berubah cuma waktu kecik tu banyak syok sendiri je. Dari saya sekolah rendah dan skrg sudah tahun 2 di universiti. 

Insya Allah saya akan mula menulis cerpen di blog ni balik. Kalau suka boleh baca, kalau tak suka, tekan pangkah kat website ni ye. 


Saturday, 13 April 2024

Raya, raya, raya

 Assalamualaikum and hi everyone🙈

Hari ni punya post pasal raya sebab skrg kan musim raya. 

                                      Ramadan ke 24:

Ni 4 April, saya baru balik dari Terengganu ke KLIA. 

Ramadan ke 26: 

 6 April ada makan2 kat rumah atuk saya so ni ootd nya. 

Raya pertama: 



Too cute untuk tidak letak. Ni 10 April, di pagi raya ktrg tema brown nude💅. First time setelah bertahun2 tak sama, akhirnya tahun ni berjaya sama tema. But missing my lil brother😢yang jauh di Russia. Dahlah dia seorang je pakai merah maroon. 
Bergerak balik ke sg besar di hari pertama raya. Bertolak pukul 11 pagi sampai pukul 4 lebih. Weh patutnya boleh sampai pukul 2 ptg tau, tapi jalan jem teruk, tidak disarankan balik kampung pada pagi raya pertama. 

OOTD pagi raya di kampung. Tudung dah barai sikit. 

Dalam kereta, penat jem teruk. Waktu ni tudung masih elok.

Banana cupcakes yang dibuat pada malam raya pertama. Lawa tauuu. I am proudddd💪

Raya kedua:

Lawa giler baju raya kedua ni. Semua orang puji sebab macam gadis ayu, lesung pipit di pipi

Tangan tu buatkan makin ayu jadinya

Mana eh jodohku ni??

Belek2 baju tapi tengok harga, terus letak balik.

Orange cupcakes for second raya sebab lepas je balik dari IOI, ramai sedara datang rumah. Pukul 6 baru dapat rehat. Best tauuu. 

Raya ketiga dah pergi Lowyat hantar laptop untuk dibaiki. 
Raya keempat pergi EVO beli barang2 adik balik asrama. 


Bye, my love💖




Hello

Assalamualaikum and hi everybody. 

Dah lama tak bukak blog ni. Banyak cerita nak diceritakan. But this is my first post after a very long time tak update blog. Bye2 love jumpa di next cerita.

Monday, 11 December 2023

Welcome Back

 Assalamualaikum and hello everyone 

Ya Allah lamanya tak update. Bila eh last bukak blog ni?

Dah tahun dua skrg, dh minggu ke-9 dah pun. Lagi 5 minggu habis sem ni. Cepat sangat masa berlalu kan. Banyak benda berlaku sebenarnya, nanti cuti saya bagitau semuanya eh.

Saturday, 27 May 2023

Feeling?

 Hai, Assalamualaikum semuaa. 

Nak luahkan perasaan sikit. 

Ada crush tu normal kan? Suka pada seseorang, tak salah kan? Yang salah bila couple. 

Saya ada minat seseorang ni. Dia macam badboy gitu. Berlawanan dengan saya yang lebih kepada akademik seperti berdebat, dia minat sukan. Football, futsal, badminton semua dia tapau. Jadi saya tak berapa rapat dengan dia sebab ktrg takde same interest, plus dia kelas sebelah. Jarang sangat-sangat lah nak jumpa dia. 

Macam mana saya boleh crush kat dia? 

First masuk uni, saya jumpa dia di satu bengkel. Mula-mula saya tak berapa nak pandang sangat dia sebab muka dia biasa je. Nak cakap handsome, bolehlah, ada rupa. Tapi apa yang buatkan saya pandang dia lama, adalah muka dia sebijik macam crush waktu high school dulu😭. Saya macam, eh kenal dia ni. Dan waktu tu high school punya memori kembali berlegar2 di minda. Tapi saya still tak ada perasaan suka lagi waktu tu. 

Lepas tu, satu hari jumpa di satu bengkel lagi di uni. Saya pandang seorang lelaki lain, tapi end up dgn crush saya tu dia fikir, saya pandang dia. So saya duk pandang dia jelah dari jauh. Tapi still tak ada perasaan lagi tau waktu tu. 

Lama masa berlalu, saya dapat tau kawan saya main badminton dgn dia. Selalu jugaklah kawan saya main badminton dengan crush saya tu. Tapi saya tak rasa apa2, sebab saya tak suka dia. Tapiiiii, kawan saya tiba2 ckp dia suka crush saya tu. (Saya tak bagitau sape2 saya ada crush kat lelaki tu) Saya rasa jealous tau. Macam "eh dia tu crush saya, nape awak nak ambik." dalam hati. Tapi saya tak kisah sebab saya tak minat lelaki tu, so saya biar jelah kawan saya crush kat dia.

Lately ni, saya asyik jumpa dia dan stare kat dia. Dia eye contact ngan saya dan kitaorang pandang lama giler. Saya tak senyum or buat apa2 tau. Pandang je. Dia pun sama. Bila saya ubah mata saya ke tempat lain baru dia pandang tempat lain jugak. Maybe ini kot yang dinamakan dari mata jatuh ke hati. 

Tapi saya takut nak bagitau kawan2 saya sebab lelaki ni popular dan dikategorikan lelaki paling hensem di kelas sebelah. Mestilah ramai peminat kan. Tiba2 ada saya. Entahlah disebabkan tu saya decide nak cerita kat blog ni. Saya penat pendam sorang2. Saya rasa berat dalam jiwa ni. Setiap kali nampak dia, saya nak cerita kat someone tapi tak boleh. Saya decide untuk keep it private and lowkey. Maybe orang lain nampak saya delusional sebab tu saya tak nak cerita dekat siapa2😭😭😭. I'm scared

Halo

Hai assalamualaikum welcome back to my blog 

I really though my blog dah rosak tau. Sebab tak boleh type normal dia jadi pelik😭😭😭😭rupanya I je bodoh. Alhamdulilah dah baik semula