DJ Belle

Sunday, 20 November 2016

Pemenang !! !!

Assalamualaikum semua...

Ini sambungan yang tadi, baca dengan teliti yer semua!!

PEMENANG CABARAN HARI AHAD | 20 NOV
Amboi, bukan main pandai Blinkers semua memujuk ibu dan ayah ya! Terhibur sungguh Kak Ain dan para juri membaca setiap jawapan. Puitis dan kelakar sungguh setiap ayat. Haha! InsyaAllah, setelah puas memujuk ibu dan ayah, jangan lupa membantu dan meringankan beban mereka apabila bercuti sekolah ya!
Baik, masa untuk umumkan nama pemenang. Pemenang yang bakal memenangi sehelai selendang Kashmir + sbuah ukirani Taj Mahal Mini + 1 Pen Kashmir adalah...
....Balqis bt Abdullah, 13 tahun~!!
Tahniah kepada pemenang!

Pertandingan

Assalamualaikum semua!! Hai dan harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja!!!

BACA YE!!

Nama: Balqis bt Abdullah
Umur: 13 tahun
Kepada: Bonda Zarina Shukur

-Mama, mama....boleh tidak kalau Aqis nak pergi ke Blink Sleepover ni? Yurannya RM300. Tetapi...tetapi mama tidak akan rugi bayar mahal-mahal kerana ada pelbagai faedah yang boleh diambil!!
Contohnya, program ini ada unsur syariah. Seperti solat secara berjemaah, berzikir. Jadi mama tidak perlu risau jika Aqis tidak solat kerana ada 4 orang penulis perempuan yang boleh tarik Aqis!!
Kedua keselamatan. Mama, Aqis sudah biasa menjalani kem seperti ini. Bukan kah, mama yang selalu hantar Aqis ke kem-kem tersebut. Seperti yang Aqis katakan di tadi, ada 4 orang penulis perempuan yang akan menemani dan mengiringi. Malah Kak Ain siap mahu buat WhatsApp group lagi!!
Mama tahu kan yang Aqis ni pemalu...(Shy...shy...shy..) Jadi kalau mama hantar Aqis dekat Blink Sleepover mungkin Aqis ‘cuba’ untuk tingkatkan kemahiran sosial Aqis. Ataupun Aqis akan lebih malu kerana ramai orang?? Alamak!!
Lagipun, cuti sekolah sudah bermula. Aqis tidak mahu menjadi seperti dugong yang gemuk sekiranya Aqis duduk di rumah untuk makan dan tidur. Belajar, mama? Aqis sudah habis belajar lah!! (Bangga) Lagipun mama sibuk bekerja... Nanti mesti bibik masak banyak dan sedap lalu mengiurkan air liur dan selepas itu Aqis makan sampai tidak ingat adik-adik!!! Ahh!!
Last but not least (Alamak, tercakap english pula, ‘sorry’ mama!!!) Aqis boleh memantapkan Aqis punya tulisan. Mama selalu ‘reject’ tulisan Aqis. Jadi kalau Aqis pergi bengkel ini, mungkin mama tidak samggup mahu ‘reject’ malah membantu Aqis membina novel!! Dan kemudian kita akan menjadi kaya dan tinggal di Paris!! ‘Wow’ tingginya berangan!! Mama kan nak pergi Paris sama Aqis!!!
Kalau mama hendak daftarkan Aqis (dalam hati sudah merayu-rayu), mama boleh tinggalkan komen di Facebook Kak Ain, atau Whatsapp di nombor 016-6613365 atau 017-2735020. Tempat semakin terhad lah mama!! Cepat ye!! Sayang mama! Muah!!


Sunday, 13 November 2016

Hari Jadi

Assalamualaikum!!!

Hari ni 13 Nov 2016, hari jadi saya!!

Dah 13 tahun! Woohoo!!

                  Image result for kek apink

Saengil chukka hamnida!!

Monday, 31 October 2016

La FlOrA

Assalamualaikum semua!!

Tajuk hari ni La Flora. Kenapa La Flora?? 
Ada 1 tajuk buku komik ni!!

Best giler!! 

Ada 3 jilid semuanya: 

-Akademi La Flora 
(buku 1-10)

-Penggembaraan La Flora 
(ikut negara mereka. Tak silap ada 10 juga)

-Rali Khazanah Dunia
(ada 10 siri juga)

Semua dah ada kecuali Penggembaraan La Flora tak lengkap lagi!!

SeKoLaH

Assalamualaikum!!

-Hari ni kat sekolah tak buat apa-apa pun. Cikgu just datang then kata buat kerja sendiri!!

Hari ni sekolah saya tak cuti. Sebab simpan, bagi cuti akhir tahun awal sikit!! Memang awal 2 minggu awal kot.. Hihihi...

Minggu depan cuti 4 hari, just sekolah hari JuMaAt sebab ada jamuan last!!!

Friday, 28 October 2016

DI rumah,

Assalamualaikum!!

Hari ni cuma duduk rumah sambil menonton cerita Hindustan. 'Sivaji The Boss' tak paham langsung sebab tengok tengah-tengah!! Alahai...

Sambil tu tunggu mama masak nasi. Adik pula main 'Ipad, lagi sorang main ngan sepupu... Cerita India ni boleh tahan jugalah!!

Ada lelaki kaya, perempuan cantik dilayan hamba dan macam-macam.

Cadang nak pergi IOI City Mall!! Tapi mama penat baru balik dari kebun. Nanti saya sambung dengan entri baru...

Pentagon

Assalamualaikum semua !!!!

Pentagon? kumpulan kpop baru... yang popular dengan lagu Gorilla. Merangkap hoobaenim kepada BEAST, BTOB dan 4 minute(disbanded)....