DJ Belle

Friday, 26 April 2013

Pergi pesta buku di PWTC

Assalamualaikum kawan kawan Hari sabtu lepas saya pergi ke "PESTA BUKU".Best.Saya pergi dengan Hawa,saepupu saya.Mama saya nak "park"kereta pun tak boleh,sebab banyak orang.Mula mula pengawal yang menjaga kereta tak bagi mama saya parking kerana penuh,tapi bila tengok saja mama senyum dia terus bagi.(hahaha,apalah pengawal tergoda dengan senyuman perempuan.hahaha)Mama pun terus masuk.

Hmm,mama hanya dapat dekat dengan tong sampah.(itu pun bila dah puas mencari)Tak pelah asalkan dapat pergi pesta buku PWTC.Memang ramai betul.Mula mula mama kata nak pergi ke "Kedai Pink Ain Maisarah"Tapi tersesat.(maksudnya bukan sesat kat tak tau jalan keluar,tapi sesat ta tau jalan pergi ke "Kedai Pink Ain Maisarah")Lepas tu kitaorang tanyalah orang.Mula mula mama tanya seorang perempuan,tapi dia tak tau,kitaorang pun Tanya orang lain.Lepas tu tanya seorang lelaki pulak,nasib baik tau kalau tak......!

Dia kata dekat luar.Kitaorang pun cepat cepat pergi(tapi tak boleh laju sangat sebab banyak orang)Lepas tu pun saya jumpa gambar kak ain maisarah.Memang best la.Lepas penat berjalan kitaorang pun jumpa.Wah masa tu saya best sangat!Saya terus pilih buku yang saya suka.Saya cuma pilih "Aku Mahu Popular" dan "Diari Super 3G"Lepas tu mama belikan saya "Pakej 200"Wah bestnya.

Harganya 200 la.Lepas tu mama suruh saya ambil tanda tangan kak ain maisarah.Mula Mula saya tak nak,Tapi bila tengok kak ain cantik saya pun pergi.(hahaha alasan)Mula Mula kak ain tanda tangan buku yang saya beli,lepas tu mama suruh kak ain tanda tangan kotak "Pakej 200" yang saya beli.Mula mula kak ain kata tanda tangan kat dalam,Tapi mama suruh tanda tangan kat atas kotak.Kak ain nampak macam takut je.

Saya rasa sebab kotak tu cantik kot dan ada "Blink"lagi.Saya memang best sangat sampai tak nak pergi kedai lain je.Kitaorang pergi 2 kedai je.Hari tu memang best sangat!Sampai tak boleh lupakan je hari tu.Ahh,itu lah kenangan manis saya!Korang pernah jumpa tak peminat anda di Pesta Buku PWTC?Kalau pernah boleh kongsikan kenangan anda dan perasaan anda kerana berjumpa dengan peminat anda dengan saya ye!Ingat tau,kalau Ada boleh kongsikan ye!Bai.Jumpa lagi.I love Kak Ain Maisarah.Jumpa lagi Kak Ain.

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi...


Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan disimpan di dalam hati



No comments:

Post a Comment