DJ Belle

Friday, 21 November 2014

upin, ipin, ultraman ribut dan PUTERI. Semua Les Compact.

Assalamualaikum
Ni hao
Selamat apa-apa
Hari ni saya mahu bercerita tentang Upin, Ipin dan Ultraman Ribut di PICC pada 21, 22, 23 nov 2014. Jam 9 pagi hingga 10 malam. Pukul 8:45pg kami bertolak dari rumah. 9:11pg kami sampai. Fuh susah giler mahu cari tempat parkir. Kami pun masuk bangunan PICC itu. Kami ternampak banyak gerai. Mama pun tanya mana tempat Upin, Ipin itu.
"Dik mana tempat Upin, Ipin tu?" tanya Mama
"Di situ, kak." balas penjual itu.
"Pintu kaca tu. Masuk ye?" tanya Mama lagi.
Penjual itu menganggukkan kepalanya. Kami pun menuju ke pintu kaca itu. Oh memang betullah. Kami pun masuk ke karnival itu. Kami mendapat tiara kertas. Selepas itu, kami pergi ke tempat yang ada buku banyak. Oh itu tempat yang macam....... Saya dan Aisyah perlu buat aktiviti. Orang itu menyuruh Mama duduk, tapi Mama tak nak. Mama tahu sekiranya dia duduk dia dipaksa untuk beli. 15 minit sahaja di situ, kami pun terdengar bunyi orang bercakap. Rupa-rupanya hos Upin, Ipin yang sedang bercakap. Kami menuju ke tempat yang bertulis PUTERI. Wohoo! Ada Puteri rupa-rupanya. Masuk-masuk aje Aisyah dipaksa bergambar. Selepas itu, Mama bercakap dengan seorang lelaki. Saya dan Aisyah menilau-nilau ke depan. Ada aktiviti lah! Tapi kami tak dapat bermain. Saya dan Aisyah sekali lagi ditangkap oleh Mama menggunakan kamera. Tangkap Gambar Lah Tu! Kachik! Selepas itu. Mama ternampak kedai menangkap gambar bersama Upin dan Ipin. Mama pun berminat. Mama membayar RM 25 satu keluarga. Dia meminta Mama menunggu selama 30 minit! Kami pun menuju ke kedai Upin dan Ipin


Thursday, 20 November 2014

pertandingan swimming

assalamualaikum semua
hari ni saya masuk pertandingan kejohanan berenang di Cyberjaya Universiti Multimedia.
Okey saya kena bangun 6:15 pagi semata-mata nak pergi ke Cyberjaya. Adik saya 2 orang masih tidur dengan lenanya. 6:40 kami sudah hendak bertolak. Bibik Su pun sampai. Saya lambai tangan kepadanya. "Okey ini adalah hari yang saya tunggu-tunggu." kata saya.

6:55 pun kami sampai, mama cuma tinggalkan saya berdekatan pagar sekolah. Saya ternampak seorang pelajar perempuan. "Oh dia pun masuk pertandingan renang" kata hati saya. Mama bagi saya RM 10 sebab tidak ada duit kecil. Selepas saya menutup pintu kereta, mama pun pergi. Rupa-rupanya pelajar itu ialah Amni. Darjah 4. Dia datang dahulu. Kami menunggu dengan bosannya. Kami ternampak seorang pelajar perempuan yang bernama Nabihah. Kami terus meluru ke arahnya. Dia rupa-rupanya masuk Kelab Memanah. Ada dua kelas lagi.

7:15, kami menunggu lagi. Kereta yang datang itu hanyalah sekolah menengah dan pelajar lelaki yang masuk renang.

7:20, Hani pun sampai. Saya, Amni dan Hani pergi ke kedai bersama Nabihah. Saya membeli air mineral, Hani membeli air mineral juga. Nabihah membeli air cincau dan sebungkus roti. Selepas itu kami meneman Nabihah mengambil baju adiknya di tadika.

7:30, Mualimmah Azlina pun sampai. Kami terus pergi ke arahnya. Hani pula membaca buku komik bersama Nabihah. Kami sedang menunggu Ismatul Iman. Najihah sudah sampai di Cyberjaya dahulu.

7:45, kami pun naik van. Ismatul Iman sudah sampai. Pelajar perempuan duduk di belakang sekali. Cuma ada 2 kerusi bersambung dan 1 kerusi seorang. Saya duduk di kerusi seorang. Yang lain duduk di kerusi yang sama. Kami membaca doa sebelum pergi. Ismatul dan Amni bermain dengan telefon mereka. Manakala Hani membaca komik dan saya tak buat apa-apa. Kami debar sangat.

8:20, kami pun sampai. "Oh ini tempat yang saya tunggu-tunggu." jerit hati saya. Muallimah menyuruh kami menukar baju sekolah kepada baju renang. Selepas menukar baju, kami pergi ke tempat renang itu. Alamak, kena naik atas papan untuk renang! Mualimmah kata 50 meter satu pusingan panjang. Tapi kalau 100 meter 2 pusingan panjang. Apa!  Kami ingat satu pusingan pendek! Huhuhu.

9:00, pertandingan pun bermula. Kami melihat cara untuk lompat. Selepas itu kami bermain di kolam kecil. Hanya paras lutu aje. Selepas beberapa acara, acara Freestyle pun tiba.  Freestyle 50 meter itu saya dan Ismatul serta Amni masuk. Tapi Amni takut untuk melompat. Puas kami memujuk. Tapi dia bertegas tidak mahu dan dia memberitahu mualimmah dia tidak mahu masuk. ............. Nama kami berdua pun dipanggil. Alamak!! Saya dapat ditempat yang terakhir untuk renang. Pritt! Wisel itu berbunyi menandakan kami perlu memanjat, Pritt! Wisel kedua itu untuk kami bersedia untuk melompat. PRITT!! Kami pun terjun.

Mula-mula saya boleh tapi bila nafas sudah tidak cukup saya berhenti renang dan memegang ke tembok yang berdekatan. Saya renang lepas tu pegang ..........  Akhirnya saya pun dapat renang dengan habisnya! OH RUPA-RUPANYA SAYA ORANG YANG KE-7 daripada 8 orang peserta! Fuyoo!

Lepas itu, kami pergi ke kolam renang yang pendek itu. Saya,Ismatul dan Amni sahaja sebab acara kami sudah habis! Kami pun berenang dengan seronok. Amni mengajak Nuha adik Najihah. Najihah dan Hani perlu bersedia untuk acara 50 meter breakstroght(katak). Dalam pada kami bermain, kami melihat acara Hani dan Najihah.

Selepas diaorang habis, diaorang pun ke kolam renang pendek itu. Najihah dpat tempat ke- 4/5. Hani pula dapat tempat ke-3/4.

10:00, muallimmah menyuruh kami makan. Kami pun makan bihun sekolah. Umm, sungguh sedap. Selepas makan, kami masuk semula ke dalam kolam. Saya, Ismatul, Nuha dan Amni makan makanan ringan seperti biskut atau coklat di dalam kolam. Manakala Hani dan Najihah lebih sopan kerana dia makan di luar.

Tuesday, 18 November 2014

ALISA DAN KAWAN-KAWAN AJAIB

Assalamualaikum,
bersama saya lagi B. Abdullah di novel-novel...
Aik, Alisa dan kawan-kawan ajaib?
Apa tu?
Ish tak pernah dengar pun?
Jangan marah-marah atau pun mengomel!
Haha, itu adalah novel yang kedua saya pernah buat. Cuma 50 muka surat jer, tak macam Kak Ain yang 200 atau lebih....
Sinopsisnya ialah:
                              Alisa seorang budak yang biasa....
                              Selepas makan malam, Alisa terus ke biliknya itu tidur. Alisa ingin menukar baju dan terus ke almari. 2 lantai di sisi almari Alisa lain daripada yang lain. Tanpa ragu-ragu Alisa terlompat sebanyak 3 kali.
                              Alisa terjumpa tangga yang berpusing-pusing, Alisa pun turun mengikut tangga itu....Rupa-rupanya sebuah taman. Alisa terus berpusing-pusing di situ, Tiba-tiba, "Hai adakah awak ini benda?" tanya sebuah bantal putih. "Tidak saya seorang manusia!!" "PUTERI!!"
 Apakah yang terjadi? Saksikan di dalam novel ini!!

habis sekolah

assalamualikum...
Alamak hari ni 18 november  2014 bermulalah cuti sekolah... Oh macam baru semalam saje berkenalan dengan kawan-kawan....
Bosan, sedih, rindu pun ada dekat hati ni....
......
ops maaf baru lepas mengambil tisu untuk mengesat air mata yang jatuh...
......
ops terbuat lagi. hohoho. oh, tahun depan baru boleh berjumpa balik dengan friends.
tahun depan kena beli baju baru, kasut baru, seluar baru, kain baru, stoking baru, beg baru, macam-macamlah baru sampai kawan pun baru! Tapi no worries my old friends( kawan lama ) saya akan ingat about you alls.
Okey kepada semua kawan mesti beribu atau berjuta tapi musuh jangan pula beribu atau berjuta. kepada makcik, pakcik, nenek, atuk, moyang, adik, abang, kakak, baby, ibu, ayah yang baca saya punya blog ni! Jangan lupa bagi komen di bawah!! Saya sudahkan tulisan ini dengan serangkap pantun dan sebuah lagu....
                        KALAU ADA SUMUR DI LADANG
                   BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI
                    KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
                  BOLEH KITA BERJUMPA LAGI
BYE JUMPA LAGI BILA-BILA.........................

Saturday, 1 November 2014

PERIKSA

Hai semua!!
Bertemu lagi dengan saya.....
Okey, hari ni sabtukan??
Jadi minggu lepas saya baru je perriksa..
Dah habis periksa lah sekarang!!
Tapi saya takut. So scary.....
Sains, Tajwid, Akhlak, BM 1(Pemahaman) Matematik 2: YAKIN BOLEH DAPAT A
BM 2(Penulisan), Matematik 1, Aqidah, Sirah, Feqah, BI 1 dan 2: TAK YAKIN BOLEH DAPAT A
Huhuhu!! 

KAWAN SEKELAS