DJ Belle

Thursday, 20 November 2014

pertandingan swimming

assalamualaikum semua
hari ni saya masuk pertandingan kejohanan berenang di Cyberjaya Universiti Multimedia.
Okey saya kena bangun 6:15 pagi semata-mata nak pergi ke Cyberjaya. Adik saya 2 orang masih tidur dengan lenanya. 6:40 kami sudah hendak bertolak. Bibik Su pun sampai. Saya lambai tangan kepadanya. "Okey ini adalah hari yang saya tunggu-tunggu." kata saya.

6:55 pun kami sampai, mama cuma tinggalkan saya berdekatan pagar sekolah. Saya ternampak seorang pelajar perempuan. "Oh dia pun masuk pertandingan renang" kata hati saya. Mama bagi saya RM 10 sebab tidak ada duit kecil. Selepas saya menutup pintu kereta, mama pun pergi. Rupa-rupanya pelajar itu ialah Amni. Darjah 4. Dia datang dahulu. Kami menunggu dengan bosannya. Kami ternampak seorang pelajar perempuan yang bernama Nabihah. Kami terus meluru ke arahnya. Dia rupa-rupanya masuk Kelab Memanah. Ada dua kelas lagi.

7:15, kami menunggu lagi. Kereta yang datang itu hanyalah sekolah menengah dan pelajar lelaki yang masuk renang.

7:20, Hani pun sampai. Saya, Amni dan Hani pergi ke kedai bersama Nabihah. Saya membeli air mineral, Hani membeli air mineral juga. Nabihah membeli air cincau dan sebungkus roti. Selepas itu kami meneman Nabihah mengambil baju adiknya di tadika.

7:30, Mualimmah Azlina pun sampai. Kami terus pergi ke arahnya. Hani pula membaca buku komik bersama Nabihah. Kami sedang menunggu Ismatul Iman. Najihah sudah sampai di Cyberjaya dahulu.

7:45, kami pun naik van. Ismatul Iman sudah sampai. Pelajar perempuan duduk di belakang sekali. Cuma ada 2 kerusi bersambung dan 1 kerusi seorang. Saya duduk di kerusi seorang. Yang lain duduk di kerusi yang sama. Kami membaca doa sebelum pergi. Ismatul dan Amni bermain dengan telefon mereka. Manakala Hani membaca komik dan saya tak buat apa-apa. Kami debar sangat.

8:20, kami pun sampai. "Oh ini tempat yang saya tunggu-tunggu." jerit hati saya. Muallimah menyuruh kami menukar baju sekolah kepada baju renang. Selepas menukar baju, kami pergi ke tempat renang itu. Alamak, kena naik atas papan untuk renang! Mualimmah kata 50 meter satu pusingan panjang. Tapi kalau 100 meter 2 pusingan panjang. Apa!  Kami ingat satu pusingan pendek! Huhuhu.

9:00, pertandingan pun bermula. Kami melihat cara untuk lompat. Selepas itu kami bermain di kolam kecil. Hanya paras lutu aje. Selepas beberapa acara, acara Freestyle pun tiba.  Freestyle 50 meter itu saya dan Ismatul serta Amni masuk. Tapi Amni takut untuk melompat. Puas kami memujuk. Tapi dia bertegas tidak mahu dan dia memberitahu mualimmah dia tidak mahu masuk. ............. Nama kami berdua pun dipanggil. Alamak!! Saya dapat ditempat yang terakhir untuk renang. Pritt! Wisel itu berbunyi menandakan kami perlu memanjat, Pritt! Wisel kedua itu untuk kami bersedia untuk melompat. PRITT!! Kami pun terjun.

Mula-mula saya boleh tapi bila nafas sudah tidak cukup saya berhenti renang dan memegang ke tembok yang berdekatan. Saya renang lepas tu pegang ..........  Akhirnya saya pun dapat renang dengan habisnya! OH RUPA-RUPANYA SAYA ORANG YANG KE-7 daripada 8 orang peserta! Fuyoo!

Lepas itu, kami pergi ke kolam renang yang pendek itu. Saya,Ismatul dan Amni sahaja sebab acara kami sudah habis! Kami pun berenang dengan seronok. Amni mengajak Nuha adik Najihah. Najihah dan Hani perlu bersedia untuk acara 50 meter breakstroght(katak). Dalam pada kami bermain, kami melihat acara Hani dan Najihah.

Selepas diaorang habis, diaorang pun ke kolam renang pendek itu. Najihah dpat tempat ke- 4/5. Hani pula dapat tempat ke-3/4.

10:00, muallimmah menyuruh kami makan. Kami pun makan bihun sekolah. Umm, sungguh sedap. Selepas makan, kami masuk semula ke dalam kolam. Saya, Ismatul, Nuha dan Amni makan makanan ringan seperti biskut atau coklat di dalam kolam. Manakala Hani dan Najihah lebih sopan kerana dia makan di luar.

No comments:

Post a Comment