Ni hao
Rasanya, inilah julung-julung kalinya, saya bercerita fasal percutian bersama keluarga kan??
Sudah lama rasanya tidak ke luar negara ini. Kali pertama pergi, abah ajak ke Hong Kong. Ataupun dalam bahasa cinanya 'Xiang Gang'.
Waktu itu saya berumur 8 tahun. Adik saya, Hasan berumur 6 tahun. Dan adik bongsuku, Aisyah berumur 3 tahun. Kami semua comel-comel waktu itu.
Tiba harinya, kami pun pergi. Abah pergi pukul 5 pagi kot!! Kami (Mama, Aisyah, Hasan dan Saya) pergi waktu petang. Kiranya abah sampai dahululah.
Di Lapangan Terbang KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Kami sempat membeli sedikit barang, seperti colour pencil dan pencil box. Kapal Terbang Air Asia menjadi pilihan hati. Hasan duduk di sebelah dua warga emas yang berasal dari Cina. Saya, Mama dan Aisyah duduk bersama. Hasan bersembang dengan dua warga emas itu dengan selamba. Cemburu saya!!!!!
Beberapa jam selepas itu, kami pun tiba. Turun dari perut kapal terbang, kami pula rasa segar. Menghirup udara yang nyaman............
Menaiki teksi untuk ke apartment di Macau. Apartment itu, kawan abah punya. Di dalam itu, ada 6 bilik. Besar!! Bilik utama, dihuni oleh mama, abah dan Aisyah. Bilik keempat dihuni oleh saya sendiri. Dan bilik keenam dihuni oleh adik saya, Hasan.
Malam itu, kami menjamu selera. Selepas itu kami pun tidur.
Keesokan hari pun muncul, kami tiada kereta. Abah sudah lama ke pejabatnya. Mama pula membawa kami ke sebuah kedai mainan yang berdekatan. Bershopping sakanlah kami. Mama memang baik hati!! HEHEHE..
Kami terlupa password pagar itu. ALAMAK!! Mujur ada seorang makcik cina ni, hendak masuk juga. Terus kami menumpang dengan tidak malunya.
Beberapa jam kemudian, kami pun balik. Di apartment kami membuka barang yang dibeli. Selepas itu...
Saya terdengar abah bebel-bebel. Saya pun keluar. Rupanya Aisyah kena marah!! Dia menconteng dinding dengan colour pencil Hasan. Saya terus duduk di sebelah Aisyah. Saya melihat, Mama mencubit Aisyah. Saya tergelak kecil. Mama jarang mencubit Aisyah. Selalunya saya dan Hasan. puas hati!!
Malam itu, kami menonton cerita Harry Potter yang dibawa oleh Mama menggunakan HDMI. Seronok!! Tapi, abah suruh perlahankan. Yelah kan, duduk berjiran!! Lupa pula!
Keesokannya, (Asyik keesokannya je..) kami bersiap untuk ke Hong Kong. Hong Kong dengan Macau boleh tahanlah!! Waktu itu, kami lapar. Abah menjaga Aisyah, dan kami bertiga mencari makanan. Selepas membayar popcorn itu, kami terlihat ramai orang berkumpul. Kami pun menyibuk sama. Rupanya ada princess lah!! Teruja habis waktu tu. petang nanti pun ada.
Kami terus pergi ke abah. Kami beria-ria menyuruh abah pergi juga. Tak lupa, Aisyah. Kami pun tengok lagi. banyak princess!!! Selepas habis perarakan itu, kami menuju ke sebuah kedai yang menjual barang mainan untuk lelaki. Hasan membeli barang alat tulis, 3 kereta mainan dan...itu sahaja. Saya pula merajuk. Mana adil!! Mama memujuk dengan ajakan yang menyuruh kita pergi ke kedai princess pula! Sewaktu kami berjalan, kami terlihat princess lagi!! Haih, princess je. Perjalanan kami terhenti. Saya pula merajuk lagi! Mama kata jomlah kita pergi. Kami pun sampai. Aisyah, abah dan Hasan tunggu di luar. Mama dan saya sahaja pergi.
Banyak barang!! Saya membeli alat tulis, beg, dan dompet. Mama belikan Aisyah beg. Best sangat disana!!
Balik, kami pun balik!!!!!
Senja pun menjelma, saya, mama dan Hasan pergi jalan-jalan di pasar. Abah dan Aisyah tinggal sebab mereka penat. Kami berjalan-jalan dengan gembiranya. Jalan sana, jalan sini!!! Huh, letih ni!!
Kami pun pulang! Kami lihat, Aisyah menangis. Dia kata dia nak mama!! HUHUHU..Dia tu dahlah comel. Dia kata, dia dan abah pun jalan-jalan kat pasar tu!! APA!! Haha gurau sahaja!!
Sepanjang dua minggu itu, kami sungguh seronok!! Percutian yang tidak boleh dilupakan dari hati, kenangan yang tidak boleh dipisahkan dari minda.Sekarang sudah lama tidak ke luar negara.
Sebenarnya sampai situ sahaja. Yang lain dah lupa!! Hehehe...
Inilah rupanya!!!
No comments:
Post a Comment