DJ Belle

Friday, 8 April 2022

Rutin Harian Sepanjang Study Week

Assalamualaikum. 
Fuhh harini je 3 post saya buat. Bila ada mood memang laju je tangan menaip.

Okey study week adalah apabila waktu dah nak dekat exam. Selalunya seminggu sebelum exam. 

Pertama=
Tapi rutin pertama ni saya buat selalunya sebulan sebelum exam
Hah, jadual macam ni. Ni untuk semester 2. Atas tu sebagai motivasi eh😂.


Okey saya akan susun satu bab untuk satu subjek setiap hari. Kalau sabtu ahad, saya letak 1 atau 2 bab.  Saya akan habiskan satu2 subjek dahulu baru proceed kepada subjek lain. Waktu tu sahaja yang saya peruntukkan untuk study bab tu. Jadi memang perlu all out, hafal semua, dan fahamkan.
Benda ni perlu buat sebulan sebelum supaya tidak kelam kabut. Dan pastikan anda ikut jadual tu.

Kedua=
Sewaktu study week:
Saya akan bangun lewat dalam pukul 9 pagi. Saya akan biarkan saya betul2 segar. Mesti akan ada orang cakap bangun awal pagilah baru segar. Tapi saya study malam so saya akan tidur lewat. 
Saya akan bangun untuk subuh dan kemudian tidur balik (perkara yang tidak patut dicontohi😭)
Bangun balik dalam 9 pagi, saya akan mandi 
Pukul 11.30 saya akan beli makanan di kafe
Pukul 1 saya akan makan lunch di bilik. 
Di antara pukul 11.30-1 saya akan baca novel atau tengok youtube. 
Pukul 2 ptg, saya akan start study. 2-5 ptg. Saya akan buat latihan. Waktu petang adalah waktu mengantuk, jadi saya akan buat latihan pengiraan. 
Pukul 5 saya akan beli makanan dinner. 
Pukul 6 saya mandi. 
Rehat2 dalam 2 jam
Pukul 8 malam saya akan sambung study. 8-11 malam.
Saya akan rehat dalam 30 minit, regangkan badan sikit tengok whatsapp.
Pukul 11.30 malam-2 pagi. 
2 pagi saya akan tidur. 
Ini jadual saya sebab saya seorang yang suka study lewat malam. Ada orang suka study awal pagi dalam pukul 5 pagi. Lain orang lain cara. 
Pastinya di antara waktu itu saya solat. Tetapi saya tak masukkan sebab itu perkara wajib, common sense. 
Inilah rutin harian saya. 

Ketiga=
Saya akan pastikan saya membuat semua latihan past year sebanyak yang mungkin.

No comments:

Post a Comment