Assalamualaikum gais.
Lama kita tak menulis ye. So harini ditemani dengan lagu -to my youth by bolbbalgan4- saya tulis blog.
Sebenarnya banyak perkara dah jadi sejak saya masuk semester 2 ni. Dah semester 2👀. Tak sangka kan??
Last update rasanya waktu saya masuk matriks bulan 11 dulu. Rasanya. Tu akhir semester 1. Sekarang tengah-tengah semester 2. Group assignment tinggal 1 je lagi, itu pun hampir 75% siap. Test ada lagi 1 for setiap subjek. Ni untuk carry mark.
Maknanya, semester 2 bakal berakhir. Tinggal lagi 48 hari sebelum saya melangkah keluar matrikulasi perlis ini. Penuh dengan suka dan duka. Sekejap je kan? Saya pun rasa sekejap.
Sedih ke? Bercampur baur. Saya tak sabar nak balik rumah. Seksa di sini asyik memikirkan keadaan rumah yang jauh di selangor. Sedih sebab perlu berpisah dengan kawan-kawan sekelas. Diaorang duduk di lain-lain negeri. Nak jumpa lagi selepas matriks memang susahlah.
Kehidupan di sini kena pandai cari kawan dengan pandai jaga diri. Biar boleh hidup sorang-sorang dan juga hidup secara berkumpulan💖. Jangan harapkan kawan sahaja. Tetapi kawan tu penting juga. Jangan pula jadi selfish.
Matriks ni setahun sahaja. Sangat sekejap sebab semester 1 saya banyak dihabiskan di rumah sebab covid. Semester 2 hanya 5 bulan. 26 Mei saya habis matriks🙈
Ada orang tanya, nak sambung mana lepas ni? Saya nak ambik undang-undang di UKM. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment