DJ Belle

Wednesday, 3 August 2022

Review Food 1.0

 Assalamualaikum. 

Harini adalah post yang saya tak pernah buat dalam blog saya iaitu review makanan. 

Untuk dinner harini saya pergi ke sebuah restoran di kajang. 

Kami order 4 makanan dan 2 air. 

1. Onion rings


Onion rings dia sedap. Tak berminyak dan onion dia blend well. Tapi sos dia tu. Ermm tak berapa nak padulah. Masam sangat. Overall 5/10

2. Chicken chop gitu

Ya Allah, nama menu dia bukan chicken chop tapi fried chicken something. Ahh saya jadikan dia chicken chop je. Sebab memang rasa macam chicken chop. Sedap, tak berminyak. Sos black pepper eh tu (ke gravy?)? Entahlah, tapi sedap sangat. Coleslaw dia memang on point dan mashed potato dia sedap juga rasa manis-manis. Kena makan dengan gravy. (Gravy ke sos hitam black pepper tu?) Overall 7/10

3. Fish & Chips

Takde gambarlah. Tapi fish and chips dia kering sangat dan kulit fish dia tu rasa pahit sikit😔. Sos putih tu pun masam sangat sama dengan rasa sos onion rings. Dia masam dengan takde rasa. Tapi fries dia sedap👍. Overall 5/10.

4. Spicy chicken with manggo something2

Sorry, ni first time mereview makanan. So saya lupa nama makanan😣. Tapi ni rasa pedas2 masam. Sedap-sedap. Sos dia memang padu dan salad dia pun 👌. Overall 7/10

5. Ice tea with lychee

Okeylah rasa dia. Teh boh biasa tambah perisa lychee. Overall 6/10

6. Milk tea

Rasa teh tarik. Tapi manis nak mampus. Jadi saya tambah separuh air masak. Itu pun still manis👎. Overall 2/10

Total harga: RM 68 👍

Overall score: 5/10 😋

Berbaloi ke? : Ermm bolehlah. Agak-agak sesuai dengan tekak tu baguslah😁


No comments:

Post a Comment