DJ Belle

Saturday, 13 April 2024

Hello

Assalamualaikum and hi everybody. 

Dah lama tak bukak blog ni. Banyak cerita nak diceritakan. But this is my first post after a very long time tak update blog. Bye2 love jumpa di next cerita.

Monday, 11 December 2023

Welcome Back

 Assalamualaikum and hello everyone 

Ya Allah lamanya tak update. Bila eh last bukak blog ni?

Dah tahun dua skrg, dh minggu ke-9 dah pun. Lagi 5 minggu habis sem ni. Cepat sangat masa berlalu kan. Banyak benda berlaku sebenarnya, nanti cuti saya bagitau semuanya eh.

Saturday, 27 May 2023

Feeling?

 Hai, Assalamualaikum semuaa. 

Nak luahkan perasaan sikit. 

Ada crush tu normal kan? Suka pada seseorang, tak salah kan? Yang salah bila couple. 

Saya ada minat seseorang ni. Dia macam badboy gitu. Berlawanan dengan saya yang lebih kepada akademik seperti berdebat, dia minat sukan. Football, futsal, badminton semua dia tapau. Jadi saya tak berapa rapat dengan dia sebab ktrg takde same interest, plus dia kelas sebelah. Jarang sangat-sangat lah nak jumpa dia. 

Macam mana saya boleh crush kat dia? 

First masuk uni, saya jumpa dia di satu bengkel. Mula-mula saya tak berapa nak pandang sangat dia sebab muka dia biasa je. Nak cakap handsome, bolehlah, ada rupa. Tapi apa yang buatkan saya pandang dia lama, adalah muka dia sebijik macam crush waktu high school dulu😭. Saya macam, eh kenal dia ni. Dan waktu tu high school punya memori kembali berlegar2 di minda. Tapi saya still tak ada perasaan suka lagi waktu tu. 

Lepas tu, satu hari jumpa di satu bengkel lagi di uni. Saya pandang seorang lelaki lain, tapi end up dgn crush saya tu dia fikir, saya pandang dia. So saya duk pandang dia jelah dari jauh. Tapi still tak ada perasaan lagi tau waktu tu. 

Lama masa berlalu, saya dapat tau kawan saya main badminton dgn dia. Selalu jugaklah kawan saya main badminton dengan crush saya tu. Tapi saya tak rasa apa2, sebab saya tak suka dia. Tapiiiii, kawan saya tiba2 ckp dia suka crush saya tu. (Saya tak bagitau sape2 saya ada crush kat lelaki tu) Saya rasa jealous tau. Macam "eh dia tu crush saya, nape awak nak ambik." dalam hati. Tapi saya tak kisah sebab saya tak minat lelaki tu, so saya biar jelah kawan saya crush kat dia.

Lately ni, saya asyik jumpa dia dan stare kat dia. Dia eye contact ngan saya dan kitaorang pandang lama giler. Saya tak senyum or buat apa2 tau. Pandang je. Dia pun sama. Bila saya ubah mata saya ke tempat lain baru dia pandang tempat lain jugak. Maybe ini kot yang dinamakan dari mata jatuh ke hati. 

Tapi saya takut nak bagitau kawan2 saya sebab lelaki ni popular dan dikategorikan lelaki paling hensem di kelas sebelah. Mestilah ramai peminat kan. Tiba2 ada saya. Entahlah disebabkan tu saya decide nak cerita kat blog ni. Saya penat pendam sorang2. Saya rasa berat dalam jiwa ni. Setiap kali nampak dia, saya nak cerita kat someone tapi tak boleh. Saya decide untuk keep it private and lowkey. Maybe orang lain nampak saya delusional sebab tu saya tak nak cerita dekat siapa2😭😭😭. I'm scared

Halo

Hai assalamualaikum welcome back to my blog 

I really though my blog dah rosak tau. Sebab tak boleh type normal dia jadi pelik😭😭😭😭rupanya I je bodoh. Alhamdulilah dah baik semula

Monday, 13 February 2023

Semester 1

 Assalamualaikum and hye.

Lamanya tak menulis. Kita busy dengan assignment dan exam. Sorry✌

Dah 1 semester saya di UniSZA Law School😱. Agak tak percaya ye, sebab masa berlalu sangat cepat. Tau2 dah habis first sem. 

Degree ni saya ubah cara belajar dan revision. Kalau korang tengok waktu matriks, Rutin Belajar Di Matrikulasi, degree saya ubah sikit. Nanti lepas dapat result, saya bagitau ye. 

Hmm kesimpulan berdasarkan semester 1: 

Kena pandai pilih kawan👀 

Pandai survive sorang2😉

Jangan harapkan orang lain✌

7/10

Pengakhiran semester 1 ini sangat baik cuma nak ke pengakhiran tu yang wuish, sangat2 lah pahit. 

Dan untuk siapa2 yang nak ambik law, saya ingatkan korang kena suka menghafal dan membaca. Boleh hafal fakta banyak2. Sebab itu adalah main untuk law ni. Kalau korang tgk Extraordinary Attorney Woo, korang akan tau bila dia cuba ingat akta2 untuk berhujah. 

English boleh improve. Kalau korang rasa tak nak masuk law school sebab english lemah, tu tak betul. Of course english yang digunakan tinggi, tapi still ada masa nak improve. Baca buku english, dengar lagu, tengok kamus. Saya ni tak pandai english, tapi perkataan2 english tu bolehlah faham. 

Itu sahaja daripada saya harini. Mungkin akan ada update dalam masa terdekat. 

Bye2👋

Sunday, 22 January 2023

Travel

 Hai assalamualaikum. 

Harini dalam mood tak berapa nak gembira so nak tulis tentang travel. 

Aktiviti yang paling saya suka adalah travel. Lagi-lagi kalau travel overseas. Lagi jauh, lagi best. 

My family bukan macam family orang lain. Kitaorang jarang bercakap sama2. Bila makan pun, ikut waktu sendiri2. So masa untuk berborak tu tak ada. Lagi2 saya di universiti sekarang. Waktu tengok TV pun tak semua minat cerita sama. Sorang Kdrama, sorang Anime, sorang layan bola. Lain2 minatnya. Makan kat luar pun jarang cukup. 

Jadi kalau nak kumpul satu keluarga adalah waktu travel. Keluarga saya kecil je. Ada 5 ahli. Kalau travel kan pergi tempat yang asing, so kenalah pergi sama2. Saya suka, sebab waktu tu kita akan borak pasal apa-apa perkara. Minimum setahun sekali, kami akan pergi travel overseas. 

Saturday, 15 October 2022

Hectic Week

 Assalamualaikum and hyee

Seminggu sebelum masuk kolej, saya pergi sleepover with my bestie kat rumah dia. 

OOTD 

With her sebelum dia terbang jauh ke Timur Tengah sana. Miss uuu😭

Uuu feveret2. Makan makanan thailand kat IOI. Lupa kedai mana

Baju kitaorang matching lupa nak tangkap gambar

End my sleepover with Gilmore Girls with her. 
1000/10 for this show

Balik je dari sleepover pergi pulak staycation dgn my mum. Dia ada kerja sebenarnya😂. Staycation di Hilton KL. Sebelah KL Sentral dan NU Sentral.



Uwuu dapat cake. Sedap tauu



OOTD untuk dinner, baju sama dari pagi😂

Mandi2. Sumpah besar tandas dia. Btw sape nak jadikan saya model??

Nampak tak kite??

Byee nak balik dah ni

Sebelum balik, mari kita makan dessert sikit

Lawa kan jam saya.

Bye2 Hilton sehingga jumpa lagi👋

Try kuiz ni. Dapat Rory. Material girl


Selepas balik dari Hilton, my baby sampai. Lawaaa.