DJ Belle

Sunday, 22 January 2023

Travel

 Hai assalamualaikum. 

Harini dalam mood tak berapa nak gembira so nak tulis tentang travel. 

Aktiviti yang paling saya suka adalah travel. Lagi-lagi kalau travel overseas. Lagi jauh, lagi best. 

My family bukan macam family orang lain. Kitaorang jarang bercakap sama2. Bila makan pun, ikut waktu sendiri2. So masa untuk berborak tu tak ada. Lagi2 saya di universiti sekarang. Waktu tengok TV pun tak semua minat cerita sama. Sorang Kdrama, sorang Anime, sorang layan bola. Lain2 minatnya. Makan kat luar pun jarang cukup. 

Jadi kalau nak kumpul satu keluarga adalah waktu travel. Keluarga saya kecil je. Ada 5 ahli. Kalau travel kan pergi tempat yang asing, so kenalah pergi sama2. Saya suka, sebab waktu tu kita akan borak pasal apa-apa perkara. Minimum setahun sekali, kami akan pergi travel overseas. 

Saturday, 15 October 2022

Hectic Week

 Assalamualaikum and hyee

Seminggu sebelum masuk kolej, saya pergi sleepover with my bestie kat rumah dia. 

OOTD 

With her sebelum dia terbang jauh ke Timur Tengah sana. Miss uuu😭

Uuu feveret2. Makan makanan thailand kat IOI. Lupa kedai mana

Baju kitaorang matching lupa nak tangkap gambar

End my sleepover with Gilmore Girls with her. 
1000/10 for this show

Balik je dari sleepover pergi pulak staycation dgn my mum. Dia ada kerja sebenarnya😂. Staycation di Hilton KL. Sebelah KL Sentral dan NU Sentral.



Uwuu dapat cake. Sedap tauu



OOTD untuk dinner, baju sama dari pagi😂

Mandi2. Sumpah besar tandas dia. Btw sape nak jadikan saya model??

Nampak tak kite??

Byee nak balik dah ni

Sebelum balik, mari kita makan dessert sikit

Lawa kan jam saya.

Bye2 Hilton sehingga jumpa lagi👋

Try kuiz ni. Dapat Rory. Material girl


Selepas balik dari Hilton, my baby sampai. Lawaaa. 






















Sunday, 25 September 2022

Degree

 Assalamualaikum dan halu2

Rindu takk?😂maaflah lama tak buka blog sebab pergi vacation. Nanti kita buat blog pasal vacation tu tapi kena habiskan blog Korea dululah ye. Banyak draft ni😭

Okey sambung kepada tajuk harini degree. Ergh, korang tak rasa ke baru je baca post saya tentang masuk matriks? Sekarang dah degree. Cepat eh masa berlalu. Bulan 10 menghampiri maksudnya habislah sudah cuti selama 4 bulan😭😭. Dari bulan 6 start cuti lepas matriks sehingga bulan 10 masuk degree. Eii rindunya cuti. Rindunya bila menganggur takde orang marah kita tgk TV😭. Ya Allah rindu betul moment2 tuu. Boleh pegi jalan2, tido sepanjang masa, baca novel dan habiskan Kdrama🥲. 

Dah2 habis dah cuti 4 bulan tuu. Sekarang masa mencapai cita2 kau.

Saya tak tahu pernah bagitau ke tak tapi cita2 saya adalah untuk menjadi peguam. Ye, peguam. Semuanya bermula apabila saya terdedah dengan Law&Order. Dialaha yang menghasut minda budak form 3 ini utk menjadi seorang peguam. Dahlah waktu tu saya jenis pemalu tapi waktu form 4 saya kerahkan tenaga dan ketepikan perasaan malu tu untuk masuk debat. Tu kat post lain ehh😅. Btw, saya masuk debat tauu. 

Pastu waktu cuti post-matriks ni saya berjinak2 tgk Suits dan Legally Blonde. Mmg lagilah nak jadi peguam. Satu lagi, abang saya juga seorang peguam. So dah ada inspirasi lah😅. 

Saya suka bercakap pokpek2 saya nak bawa bakat tu ke dalam mahkamah pulak. 

Okeyy back to the topic, now everybody knows I want to be a lawyer. Tapi matriks saya masuk akaun, acane tu? Hah matriks adalah salah satu cara selain masuk asasi untuk masuk bidang law. Pastikan jaga pointer ye. Matriks ni cepat tau so pointer CGPA dan Muet sangat penting. Aktifkan diri jugak. 

Ni susunan pilihan UPU saya:


Okey ni susunan UPU saya. Ofkos lah pilihan yang saya paling nak adalah UKM Law. 

Dan akhirnya:

-Miss girl is born to be a lawyer💃- 

Patutnya saya happy sebab dapat kos impian saya. Saya telah menjadi satu2nya dalam saudara mara belah ibu saya yang memasuki program undang2 ni. Im the first lawyer in ma family beside my brother (sebab my brother tu dia lain mak so dia xtermasuk dalam keluarga belah ibu saya, faham tak? Kalau tak faham, cuba fahamkanlah. Pastu jangan tanya2😭)💅

Tapi yang mengecewakan saya adalah, saya dapat Unisza. Jauh nun di terengganu. So dia less happy sikit. Tapi still happy sebab crush saya waktu high school ada kat situ. Dia diploma. Hehehe ni masanya jadi Elle Woods, dia ikut boyfrend, kita ikut crush gi uni sama. 

Yang menjadi pembakar semangat adalah, saya tahu cita2 saya semakin hampir. Tak sabar nak dengar panggilan peguam tu. Kakak sedara saya dah jadi satu2nya doktor dalam family besar ibu saya. Dan sekarang saya satu2nya peguam😆. Ni nak cuba sedapkan hati yang merana. Maybe ada hikmah semua ni terjadi kannn2???Jawab kan tauu. 

Dah pukul 2.44 pagi ni. Nak kena tido. 

So bye jumpa di next post.

Tuesday, 23 August 2022

Review Food 2.0

Hai assalamualaikum semuaa

Harini saya pergi ke sebuah cafe lawa di Bangi


*Iced Thai Green Tea
Ya Allah sedap sangat. Manis2 gula melaka👍. Overall 8/10.


*Char Kway Teow.
 Sedap tapi macam hangit2 sikit😭. Udang dgn kerang okey👍tapi frozen lah bukan yg fresh. Overall 5/10

*Sandwich cheese marinara beef.
Banyak portion dia. Boleh share 2 orang. 

*The Caravan Coffee (hot).
Besar jugak portion dia. Saya tak minum coffee jadi saua tak rasa😅.

Total: RM 52




Wednesday, 3 August 2022

Review Food 1.0

 Assalamualaikum. 

Harini adalah post yang saya tak pernah buat dalam blog saya iaitu review makanan. 

Untuk dinner harini saya pergi ke sebuah restoran di kajang. 

Kami order 4 makanan dan 2 air. 

1. Onion rings


Onion rings dia sedap. Tak berminyak dan onion dia blend well. Tapi sos dia tu. Ermm tak berapa nak padulah. Masam sangat. Overall 5/10

2. Chicken chop gitu

Ya Allah, nama menu dia bukan chicken chop tapi fried chicken something. Ahh saya jadikan dia chicken chop je. Sebab memang rasa macam chicken chop. Sedap, tak berminyak. Sos black pepper eh tu (ke gravy?)? Entahlah, tapi sedap sangat. Coleslaw dia memang on point dan mashed potato dia sedap juga rasa manis-manis. Kena makan dengan gravy. (Gravy ke sos hitam black pepper tu?) Overall 7/10

3. Fish & Chips

Takde gambarlah. Tapi fish and chips dia kering sangat dan kulit fish dia tu rasa pahit sikit😔. Sos putih tu pun masam sangat sama dengan rasa sos onion rings. Dia masam dengan takde rasa. Tapi fries dia sedap👍. Overall 5/10.

4. Spicy chicken with manggo something2

Sorry, ni first time mereview makanan. So saya lupa nama makanan😣. Tapi ni rasa pedas2 masam. Sedap-sedap. Sos dia memang padu dan salad dia pun 👌. Overall 7/10

5. Ice tea with lychee

Okeylah rasa dia. Teh boh biasa tambah perisa lychee. Overall 6/10

6. Milk tea

Rasa teh tarik. Tapi manis nak mampus. Jadi saya tambah separuh air masak. Itu pun still manis👎. Overall 2/10

Total harga: RM 68 👍

Overall score: 5/10 😋

Berbaloi ke? : Ermm bolehlah. Agak-agak sesuai dengan tekak tu baguslah😁


Monday, 1 August 2022

Result Sem 2 (Matrikulasi)

 Assalamualaikum and hai everyone. 

Lamanya tak menulis, bulan julai mmg saya xtgklah blog ni. Malas punya pasal. Pada 28 Julai 2022, result PSPM 2(Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2) dah keluarrr. Kalau korg nak tau result sem 1 saya apa cek link ni Result Matrikulasi Sem 1. 

Nak tau takk apa result saya?? First saya akan bagitau dulu my expectation for this result:

Math : B+

Eko : A-

Perniagaan : A

Akaun : A

Tapi result sebenar adalah:

👀


👇


👇


💬


👇


👇


👀


😉

Sabar ye,

😙 Tadaaaa:

💅Ur girl did it again

For tips untuk setiap subjek (akaun, eko, pern, math) nanti saya kasi kat next post ye. Byee


Thursday, 30 June 2022

Korea Trip Day 4 & 5

 Assalamualaikum dan Anneyonghaseyo✌

Okey marilah kita teruskan dengan hari ke 4

DAY 4



Kami pergi ke Han River. Lawaa sangat. Ni gambar bersama bunga2 di jambatan. Han River ni jauh tau dari stesen subway dia. Fuhh panas2 terik tu berjalan dalam 1 km-1.5 km. Memang lecun badan tapi worth every step. 

Sebelum tu kachik2 dulu depan cermin kat hotel. My OOTD


Oh bulan mana bintang? Mana dia kekasih sorang?

Nampak tak atas tu dia tulis Hangang Park.


Feeling2 laut padahal tengah tahan gelak.

Dalam terowong pun boleh.
Lepastu kami ke Gangnam pergi Line Friends punya store. Ada BTS, TREASURE, banyak lagii. Sumpah best dan comel2. Tapi harga cam hmm lah. Pandai2 lah jimat eh


Cuteeeee💟Love banyak2.


Kita tak minat BTS tapi comel sangat so bergambar jelah

Petang tu kami decide ke YG Building. Omaigod. tau takk?? Saya nampak Tresure keluar dari building. Kereta dia lalu depan2 mata. Tapi tinted dan saya pun xnaklah usha2. So kita tgk je kereta tu. Ahahahaha. Kereta tu jalan depan sayaaaa😶😶😶pengsan jap💘


Tapi building dia besar iler. Ada dua2 yang lama dan yang baru. Ada fans yang sanggup menunggu depan building sampai artis balik.

DAY 5
Kami ke Insadong untuk pergi ke lab my mom and her friends punya projek. Comel kan 'lab' dia?😆
Feeling2 princess.Bagilah chance selama ni asyik jadi Cinderella je.

Malam tu kawan mama bawak ke sini. Cold Noodle or Naengmyeon. Sedap sangat2. Tak pedas dan cukup rasa. Tapi banyak iler. 
Malam tu ke river ni. Tempat apatah tapi ada band yang menyanyi2 di sini. So kita lepak untuk 2 jam di sini.

Lawa kan cuma senget je. Pandai2lah tgk.

Itu sahaj untuk Day 4 & 5.