DJ Belle

Friday, 15 April 2022

KDRAMA

 Assalamualaikum semua. 

Harini nak update pasal Kdrama. Dah banyak Kdrama yang saya tengok tapi ni antara yang terbaik. 

1) Cheat On Me If You Can

-Mengisahkan sepasang suami isteri yang kehidupan mereka normal dan bahagia. Suami bekerja sebagai seorang peguam dan isteri bekerja sebagai penulis. Dia tulis buku yang misteri dan thriller tau. Pasal pembunuhan. Mereka tinggal bersama seorang pembantu rumah yang sudah dianggap seperti ibu oleh si isteri. 

-Satu hari, si suami jumpa seorang gadis rupawan. Dia mula jatuh hati dan permepuan tu pun suka dia. Tapi dia ada isteri yang menulis novel tentang kisah benar. Kisah pembunuhan sebenar. Jadi dia perlu buat supaya isteri dia tak tahu. 

-Makin lama dia makin sedar perbuatan dia tu tak bagus. Dia mula insaf

-Tetapi semuanya makin menjadi masalah, apabila pembunuhan seorang pelakon wanita. Dan di samping itu, muncul seorang lelaki muda yang mahu membantu si isteri menulis novel baharunya. Lelaki tu ada rahsia tersimpan. 

-Si isteri merasakan kisah pembunuhan pelakon wanita itu menarik. Jadi dia cuba membongkarkan siapakan yang membunuh pelakon itu. Tetapi makin dikorek kisahnya, makin terkait dengan kehidupan lamanya dan sejarah hitamnya juga kehidupan suaminya. 

-Ada sebuah novel si isteri yang menjadi rebutan pihak atasan. Mengapa novel itu tidak boleh diterbitkan? 

-Kehidupan bahagia pasangan suami isteri mula retak apabila sejarah suaminya makin terbongkar. Sifat sebenar si suami yang bertopengkan peguam penceraian adalah sebenarnya pembuat onar di dalam rumah tangga. 

-Ditambah lagi, apabila bos si suami menjadikan suami itu seorang ahli pilihan raya. Sebenarnya ini adalah pancingan untuk si isteri. Isterinya sangat benci politik dan pilihan raya sebab dia mempunyai sejarah sendiri. Jadi dia tak suka suami dia masuk dalam pilihan raya ini. 

-Kembali kepada kisah pelakon tadi, apabila disiasat, si isteri dapat berjumpa dengan makciknya semula dan mengetahui apa yang berlaku kepada ibunya. 

-Kisah makin hangat apabila sebenarnya semua yang dia kenal berkait dengan kes pembunuhan pelakon wanita ini. 

-Puncanya adalah sebuah novel yang ditulisnya suatu ketika dahulu. Dia hampir mati akibat novel itu. 

Kdrama ni underrated tauu. Tengoklah. Best sangat plot cerita ni. 

2) Law School

-Mengisahkan seorang gadis yang belajar di sebuah universiti undang2. Dia mempunyai beberapa rakan karib. 

-Ianya dimulai dengan pembunuhan dekan universiti. 

-Kisah dihangatkan apabila, seorang pensyarah dituduh dan ditangkap kerana membunuh dekan tersebut. 

-Gadis tersebut bersama rakan2nya cuba untuk membuktikan bahawa pensyarah tersebut tidak bersalah. Tetapi makin disiasat rupanya kesemua rakan-rakanya mempunyai alibi untuk membunuh dekan tersebut. Sejarah silam mereka berkait dengan pembunuhan tersebut. 

-Pembunuh dapat dikenal pasti jika satu2 mereka menceritakan kisah mereka. 

-Memang meremang bulu roma bila dapat tahu plot twist setiap apa yang terjadi. Kita tak akan expect pun apa yang terjadi sebenarnya. 

-Apabila tengok kdrama ni, memang automatik rasa nak masuk law school. Dengar dia punya ost fuhh, memang rasa dalam law school

Lee Seung Yoon (이승윤) - 'We Are' Law School OST Part 1 [로스쿨 OST Part 1] Lyrics/가사 [Han|Rom|Eng] - YouTube

-Kdrama ni diadaptasi daripada sebuah drama inggeris iaitu How To Get Away With Murder yang juga pensyarah mereka dituduh membunuh. 

-Boleh tengok di Netflix. Laman web lain saya tak tahu. 

Nanti saya update lagi pasal kdrama yang menarik.

Friday, 8 April 2022

Rutin Harian Sepanjang Study Week

Assalamualaikum. 
Fuhh harini je 3 post saya buat. Bila ada mood memang laju je tangan menaip.

Okey study week adalah apabila waktu dah nak dekat exam. Selalunya seminggu sebelum exam. 

Pertama=
Tapi rutin pertama ni saya buat selalunya sebulan sebelum exam
Hah, jadual macam ni. Ni untuk semester 2. Atas tu sebagai motivasi eh😂.


Okey saya akan susun satu bab untuk satu subjek setiap hari. Kalau sabtu ahad, saya letak 1 atau 2 bab.  Saya akan habiskan satu2 subjek dahulu baru proceed kepada subjek lain. Waktu tu sahaja yang saya peruntukkan untuk study bab tu. Jadi memang perlu all out, hafal semua, dan fahamkan.
Benda ni perlu buat sebulan sebelum supaya tidak kelam kabut. Dan pastikan anda ikut jadual tu.

Kedua=
Sewaktu study week:
Saya akan bangun lewat dalam pukul 9 pagi. Saya akan biarkan saya betul2 segar. Mesti akan ada orang cakap bangun awal pagilah baru segar. Tapi saya study malam so saya akan tidur lewat. 
Saya akan bangun untuk subuh dan kemudian tidur balik (perkara yang tidak patut dicontohi😭)
Bangun balik dalam 9 pagi, saya akan mandi 
Pukul 11.30 saya akan beli makanan di kafe
Pukul 1 saya akan makan lunch di bilik. 
Di antara pukul 11.30-1 saya akan baca novel atau tengok youtube. 
Pukul 2 ptg, saya akan start study. 2-5 ptg. Saya akan buat latihan. Waktu petang adalah waktu mengantuk, jadi saya akan buat latihan pengiraan. 
Pukul 5 saya akan beli makanan dinner. 
Pukul 6 saya mandi. 
Rehat2 dalam 2 jam
Pukul 8 malam saya akan sambung study. 8-11 malam.
Saya akan rehat dalam 30 minit, regangkan badan sikit tengok whatsapp.
Pukul 11.30 malam-2 pagi. 
2 pagi saya akan tidur. 
Ini jadual saya sebab saya seorang yang suka study lewat malam. Ada orang suka study awal pagi dalam pukul 5 pagi. Lain orang lain cara. 
Pastinya di antara waktu itu saya solat. Tetapi saya tak masukkan sebab itu perkara wajib, common sense. 
Inilah rutin harian saya. 

Ketiga=
Saya akan pastikan saya membuat semua latihan past year sebanyak yang mungkin.

Result

 Assalamualaikum guys.

Apa khabar semua? Sihat2 belaka?

Harini saya nak bagitau tentang result periksa semester 1 dan result MUET saya.

Semeter 1 :

 

Alhamdulilah bersyukur kepada Allah. Tahu tak saya menjerit bila tahu result saya macam ni😭😭 All the hardworks pays off. Tak sia-sia tidur sampai pukul 2 pagi. Nanti saya bagitau rutin study saya ye. 

Nak tengok sebagai panduan markah MUET:

MUET:

Alhamdulilah. Bersyukur sangat2. Ni pun terkejut tau😭. Nanti saya bagitau journey saya untuk skor MUET. Walaupun tak berapa bagus😭








Update about my life

 Assalamualaikum gais.

Lama kita tak menulis ye. So harini ditemani dengan lagu -to my youth by bolbbalgan4- saya tulis blog. 

Sebenarnya banyak perkara dah jadi sejak saya masuk semester 2 ni. Dah semester 2👀. Tak sangka kan??

Last update rasanya waktu saya masuk matriks bulan 11 dulu. Rasanya. Tu akhir semester 1. Sekarang tengah-tengah semester 2. Group assignment tinggal 1 je lagi, itu pun hampir 75% siap. Test ada lagi 1 for setiap subjek. Ni untuk carry mark. 

Maknanya, semester 2 bakal berakhir. Tinggal lagi 48 hari sebelum saya melangkah keluar matrikulasi perlis ini. Penuh dengan suka dan duka. Sekejap je kan? Saya pun rasa sekejap. 

Sedih ke? Bercampur baur. Saya tak sabar nak balik rumah. Seksa di sini asyik memikirkan keadaan rumah yang jauh di selangor. Sedih sebab perlu berpisah dengan kawan-kawan sekelas. Diaorang duduk di lain-lain negeri. Nak jumpa lagi selepas matriks memang susahlah. 

Kehidupan di sini kena pandai cari kawan dengan pandai jaga diri. Biar boleh hidup sorang-sorang dan juga hidup secara berkumpulan💖. Jangan harapkan kawan sahaja. Tetapi kawan tu penting juga. Jangan pula jadi selfish. 

Matriks ni setahun sahaja. Sangat sekejap sebab semester 1 saya banyak dihabiskan di rumah sebab covid. Semester 2 hanya 5 bulan. 26 Mei saya habis matriks🙈

Ada orang tanya, nak sambung mana lepas ni? Saya nak ambik undang-undang di UKM. Insya Allah.